Wednesday, 7 August 2019

Pelbagai Warna

Seminit lalu ku ketawa girang
Bersama rakan ku menonton wayang
Lucu memikirkan gelagat orang
Menilai semula adegan tayangan

Saat ini amarah ku mendalam
Membuak-buak hilang kawalan
Suasana gembira menjadi suram
Rakan ku kesal teramat terkilan

Bukan hendak ku merubah tawa
Mengundang hampa dan keluhan sama
Yakinku kelak ada yang hilang
Berkurangan hingga ku tangis seorang

No comments:

Post a Comment