Sama bara api amarahmu
Kau cuba menahan pikulan kehampaanmu
Namun kau wanita biasa
Cucuran air jernih membasahi muka
Walau sudah kau jangka
Keperitannya jelas tak terdaya
Tidak mampu kau menolak
Tidak mampu kau menduga
Keputusannya hanya satu
Pintu si dia sudah tertutup buatmu
Namun kau masih wanita biasa
Kemerahan pancaran wajahmu
Sama bara api amarahmu
Kau cuba menahan pikulan kehampaanmu
Namun kau wanita biasa
Cucuran air jernih membasahi muka
Memori kau dan dia
Terasa pedih disimpan kini
Tidak mampu kau menunggu
Tidak mampu kau bayangkan
Keegoanmu menutupi pemikiran
Hati mu lantas kau kosongkan
Jeritanmu tapisan bantal
Basah, lunyai dek tangisan yang disertai
Kerana kau wanita biasa
Kemerahan pancaran keseluruhanmu
Sama bara apa yang dahulunya
Kasihmu
Kau cuba menahan pikulan kehampaanmu
Namun kau wanita biasa
Cucuran air jernih membasahi muka
disambut lembut bunga bunga kapas
_________________________________________________________________________________
Was attempting on writing a Malay song but I forgot how I don't play any instruments....
So here's the lyrics only!
Do comments if you want the translation :)
No comments:
Post a Comment